Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 143 - Alkitab Versi Borneo


Mazmur Daud.

1 Dengarlah doaku, ya TUHAN, dengarlah permohonanku; jawablah dengan kesetiaan-Mu dan dengan perbenaran-Mu.

2 Janganlah jalankan penghakiman ke atas hamba-Mu, kerana dalam pandangan-Mu tiada makhluk hidup yang benar.

3 Kerana musuh telah menganiaya jiwaku, dia telah menindasku ke tanah; dia telah membuat aku tinggal dalam kegelapan seperti orang yang sudah lama mati.

4 Oleh itu, rohku tertekan di dalamku; hatiku gundah di dalamku.

5 Aku mengenang zaman silam; aku merenungkan semua perbuatan-Mu, aku memikirkan segala hasil kerja tangan-Mu.

6 Aku menadahkan tanganku kepada-Mu; jiwaku merindui-Mu seperti tanah yang dahaga. Sela

7 Jawablah segera, ya TUHAN; rohku layu. Janganlah sembunyikan wajah-Mu daripadaku, takut nanti aku menjadi seperti mereka yang masuk ke dalam jurang.

8 Perdengarkanlah kasih setia-Mu kepadaku pada waktu pagi, kerana kepada-Mu kusandarkan kepercayaanku. Beritahulah aku jalan yang harus kuambil, kerana aku mengangkatkan jiwaku kepada-Mu.

9 Lepaskanlah aku, ya TUHAN, daripada musuhku, kepada-Mu aku berlindung.

10 Ajarlah aku melakukan kehendak-Mu, kerana Engkaulah Allahku; biarlah Roh baik-Mu membimbing aku di alam ketulusan.

11 Pulihkanlah aku, ya TUHAN, demi nama-Mu; demi perbenaran-Mu, bawalah jiwaku keluar daripada kesusahan.

12 Dengan kasih setia-Mu, tumbangkanlah musuhku; dan musnahkanlah kesemua mereka yang menyakiti jiwaku, kerana aku hamba-Mu.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan