Mazmur 138 - Alkitab Versi BorneoMazmur Daud. 1 Aku akan memuji-Mu dengan seluruh hatiku, ya TUHAN; di hadapan “tuhan-tuhan” aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu. 2 Aku akan menyembah ke arah Bait Suci-Mu dan memuji nama-Mu kerana kasih dan kesetiaan, kerana Engkau telah meninggikan firman-Mu dan nama-Mu di atas segala sesuatu. 3 Pada hari aku berseru, Engkau telah menjawab aku; dan menjadikan aku berani dengan kekuatan dalam jiwaku. 4 Semua raja di bumi akan memuji-Mu, ya TUHAN, apabila mereka mendengar kata-kata daripada mulut-Mu. 5 Ya, mereka akan menyanyi tentang cara-cara TUHAN, kerana sungguh besar kemuliaan TUHAN. 6 Meski TUHAN Maha Tinggi, namun Dia mengambil berat tentang orang yang dihinakan, tetapi orang angkuh dikenal-Nya dari jauh. 7 Meski aku berjalan di tengah-tengah kesusahan, Engkau akan memulihkan aku; Engkau akan menghulurkan tangan-Mu menentang kemarahan musuhku, dan tangan kanan-Mu akan menyelamatkan aku. 8 TUHAN akan menyempurnakan hal ehwalku; kasih-Mu, ya TUHAN, kekal selama-lamanya — janganlah tinggalkan hasil kerja tangan-Mu. |