Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 137 - Alkitab Versi Borneo

1 Di tebing sungai-sungai Babel, di sanalah kami duduk dan menangis ketika mengenang Sion.

2 Dalam demikian kami gantungkan kecapi di pokok gandarusa,

3 kerana di sana mereka yang membawa kami sebagai orang tawanan meminta kami menyanyi, dan mereka yang telah merampas milik kami meminta hiburan; dengan berkata, “Nyanyikanlah untuk kami salah satu lagu Sion!”

4 Betapa mungkin kami nyanyikan lagu TUHAN di tanah asing?

5 Jika aku melupakan engkau, wahai Yerusalem, biarlah tangan kananku melupakan kemahirannya.

6 Jika aku tidak ingat kepadamu, biarlah lidahku melekat ke langit-langitku, jika aku tidak meninggikan Yerusalem di atas kebahagiaanku yang utama.

7 Ingatlah, ya TUHAN, betapa anak-anak Edom pada hari Yerusalem berkata, “Runtuhkan, runtuhkan sampai ke asas-asasnya!”

8 Hai anak perempuan Babel, yang akan dimusnahkan, berbahagialah orang yang membalas perbuatanmu kerana apa yang telah kaulakukan kepada kami —

9 berbahagialah orang yang meragut dan menghempaskan anak-anak kecilmu ke batu pejal.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan