Mazmur 136 - Alkitab Versi Borneo1 Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya. 2 Bersyukurlah kepada Allah segala allah, kasih-Nya kekal selama-lamanya. 3 Bersyukurlah kepada Tuhan segala tuhan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 4 kepada Dia yang satu-satunya melakukan keajaiban besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 5 kepada Dia yang dengan kebijaksanaan menjadikan langit, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 6 kepada Dia yang membentangkan bumi di atas perairan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 7 kepada Dia yang menjadikan cahaya-cahaya besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 8 matahari untuk memerintah sewaktu siang, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 9 bulan dan bintang untuk memerintah sewaktu malam, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 10 kepada Dia yang memusnahkan anak sulung Mesir, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 11 dan mengeluarkan kaum Israel daripada kalangan mereka, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 12 dengan tangan yang perkasa, dan lengan yang terhulur; kasih-Nya kekal selama-lamanya; 13 kepada Dia yang membelah Laut Merah, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 14 dan membolehkan kaum Israel berjalan melaluinya, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 15 tetapi menewaskan Firaun dan tenteranya di Laut Merah, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 16 kepada Dia yang memandu umat-Nya merentas gurun, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 17 kepada Dia yang menggulingkan raja-raja besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 18 dan membunuh raja-raja yang masyhur, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 19 Sihon raja orang Amori, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 20 dan Og raja Basan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 21 dan memberikan tanah mereka sebagai warisan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 22 warisan kepada hamba-Nya Israel, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 23 kepada Dia yang ingat kepada kita sewaktu kita tertindas, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 24 dan menyelamatkan kita daripada musuh kita, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 25 Dia memberikan makanan kepada semua makhluk, kasih-Nya kekal selama-lamanya. 26 Bersyukurlah kepada Allah di syurga, kasih-Nya kekal selama-lamanya. |