Mazmur 13 - Alkitab Versi BorneoUntuk pemimpin muzik. Mazmur Daud. 1 Berapa lamakah, ya TUHAN, akan Kaulupakan aku selama-lamanya? Berapa lamakah Engkau akan menyembunyikan wajah-Mu daripadaku? 2 Berapa lamakah aku akan bergelut dengan fikiranku sendiri sedangkan hatiku duka setiap hari? Berapa lamakah musuhku akan mengatasiku? 3 Ya TUHAN, ya Allahku, pandanglah aku dan dengarlah doaku. Pulihkan sinar mataku, agar aku tidak lelap dalam maut, 4 agar musuhku tidak berkata, “Aku telah berjaya menewaskannya,” dan musuhku bergembira dengan kejatuhanku. 5 Tetapi aku yakin akan kasih setia-Mu; aku bersukacita dalam penyelamatan-Mu. 6 Aku akan menyanyi memuji TUHAN, kerana limpah rahmat-Nya kepadaku. |