Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 127 - Alkitab Versi Borneo


Nyanyian ziarah Salomo.

1 Melainkan TUHAN mendirikan rumah, sia-sialah tenaga orang yang membinanya. Melainkan TUHAN menjaga kota, sia-sialah pengawal berjaga malam.

2 Sia-sia sahaja kamu bangun awal pagi, berjaga sampai larut malam, bertungkus-lumus untuk mencari makanan — kerana demikianlah Dia memberikan tidur lena kepada orang yang dikasihi-Nya.

3 Ketahuilah, anak-anak ialah warisan daripada TUHAN, hasil daripada rahim adalah suatu ganjaran.

4 Seperti anak-anak panah di tangan perwira, demikianlah anak-anak daripada usia muda seseorang.

5 Diberkatilah orang yang banyak mempunyai anak-anak panah demikian. Mereka tidak akan malu tetapi akan berbicara dengan musuh mereka di pintu pagar.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan