Mazmur 125 - Alkitab Versi BorneoNyanyian ziarah. 1 Mereka yang menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN seperti Bukit Sion, yang tidak dapat diganjak dan tetap selama-lamanya. 2 Sebagaimana gunung-ganang mengelilingi Yerusalem, begitulah TUHAN mengelilingi umat-Nya dari sekarang untuk selama-lamanya. 3 Kerana kezaliman tidak akan bertakhta di tanah yang diperuntukkan bagi orang yang benar, supaya orang yang benar tidak tergoda melakukan dosa. 4 Buatlah kebaikan, ya TUHAN, kepada mereka yang baik, dan kepada mereka yang tulus. 5 Bagi mereka yang berpaling kepada cara yang penuh tipu daya TUHAN akan membawa mereka pergi bersama orang yang melakukan dosa. Sejahteralah Israel. |