Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 122 - Alkitab Versi Borneo


Nyanyian ziarah Daud.

1 Aku sukacita apabila mereka berkata kepadaku, “Marilah kita masuk ke rumah TUHAN.”

2 Kaki kami telah berjejak dalam kawasanmu, wahai Yerusalem.

3 Yerusalem telah dibina sebagai kota yang padu padat dan mampat.

4 Di sana suku-suku pergi, suku-suku umat TUHAN, untuk mengucap syukur kepada nama TUHAN selaras dengan peraturan bagi Israel.

5 Takhta-takhta ditempatkan di situ untuk penghakiman, takhta-takhta keluarga Daud.

6 Berdoalah untuk kesejahteraan Yerusalem: “Semoga makmur mereka yang mengasihimu.

7 Semoga kesejahteraan meliputi kawasanmu dan kemakmuran memenuhi istana-istanamu.”

8 Untuk saudara-saudara dan teman-temanku, aku akan berkata sekarang, “Semoga sejahtera di dalammu.”

9 Kerana Rumah Allah TUHAN kita, aku akan berusaha untuk kebaikanmu.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan