Mazmur 120 - Alkitab Versi BorneoNyanyian ziarah. 1 Dalam kesusahanku aku berseru kepada TUHAN, dan Dia mendengar seruanku. 2 Selamatkanlah jiwaku, ya TUHAN, daripada bibir berdusta dan lidah yang menipu. 3 Apakah yang akan diberikan kepadamu, atau apakah yang akan dilakukan kepadamu, hai kamu lidah yang palsu? 4 Dia akan menghukummu dengan anak-anak panah tajam perwira, dengan kayu arar yang menyala. 5 Betapa malangnya aku, kerana aku tinggal di Mesekh, di antara khemah Kedar! 6 Jiwaku telah tinggal terlalu lama dengan orang yang membenci damai. 7 Aku menyokong damai; tetapi apabila aku bersuara, mereka menyokong perang. |