Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 12 - Alkitab Versi Borneo


Untuk pemimpin muzik. Menurut kecapi bertali lapan. Mazmur Daud.

1 Tolonglah, ya TUHAN, kerana tiada lagi orang yang warak; orang setia telah lenyap daripada kalangan anak manusia.

2 Mereka berkata sama sendiri tanpa keikhlasan, dengan pujian manis di bibir sedangkan hati bercabang.

3 Semoga TUHAN memotong bibir yang memuji palsu dan lidah yang bertutur angkuh

4 yang berkata, “Kami akan berkuasa dengan lidah kami; bibir kami kepunyaan kami — siapa yang berkuasa atas kami?”

5 “Kerana orang miskin ditindas dan kerana orang sesak merintih, Aku akan bangkit sekarang,” firman TUHAN. “Aku akan memberi mereka kesejahteraan yang diingini.”

6 Firman TUHAN adalah murni, seperti perak yang teruji di dalam relau tanah, dimurnikan tujuh kali.

7 Engkau akan memelihara mereka, ya TUHAN, dan melindungi mereka daripada orang zaman ini selama-lamanya.

8 Orang zalim merayau angkuh merata-rata ketika kekejian disanjung dalam kalangan anak manusia.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan