Mazmur 116 - Alkitab Versi Borneo1 Aku kasih akan TUHAN, kerana Dia telah mendengar suaraku; dan permohonanku. 2 Kerana Dia telah menundukkan telinga-Nya ke arahku, maka aku akan menyeru-Nya seumur hidupku. 3 Azab maut telah mengelilingiku, dan seksa kubur telah mencengkamku; aku menanggung kesusahan dan kedukaan. 4 Lalu aku menyeru nama TUHAN: “Ya TUHAN, aku merayu kepada-Mu, selamatkanlah jiwaku!” 5 TUHAN penuh kasih kurnia serta benar; ya, Allah kita penuh belas kasih. 6 TUHAN memelihara orang yang tulus; ketika aku ditindas, Dia menyelamatkan aku. 7 Bertenanglah kembali, wahai jiwaku, kerana TUHAN baik kepadamu. 8 Engkau telah melepaskan jiwaku daripada maut, mataku daripada air mata, dan kakiku daripada tergelincir, 9 aku akan melangkah di hadapan TUHAN di alam orang yang hidup. 10 Aku percaya; maka aku berkata, “Aku ditimpa keazaban teruk.” 11 Dalam kedukaanku, aku berkata, “Semua manusia pendusta.” 12 Apakah yang akan kupersembahkan kepada TUHAN untuk segala kebaikan-Nya kepadaku? 13 Aku akan mengangkat cawan penyelamatan dan menyeru nama TUHAN. 14 Aku akan menunaikan janjiku kepada TUHAN di hadapan seluruh umat-Nya. 15 Sungguh tinggi nilainya di mata TUHAN kematian orang warak-Nya. 16 Ya TUHAN, sesungguhnya aku hamba-Mu; aku hamba-Mu seperti ibuku dahulu; Engkau telah membukakan ikatanku. 17 Aku akan mempersembahkan kepada-Mu korban kesyukuran dan akan menyeru nama TUHAN. 18 Aku akan menunaikan janjiku kepada TUHAN di hadapan seluruh umat-Nya, 19 di balai-balai rumah TUHAN — di tengah-tengahmu, wahai Yerusalem. Pujilah TUHAN! |