Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 1 - Alkitab Versi Borneo


Jilid I: 1 — 41

1 Diberkatilah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim atau berdiri di jalan orang berdosa atau duduk di kerusi orang yang mengejek.

2 Tetapi dia bersukacita dengan hukum TUHAN, dan merenung hukum-Nya siang dan malam.

3 Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan, yang menghasilkan buahnya pada musimnya dan daunnya tidak layu. Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.

4 Tidak demikian orang zalim! Mereka seperti sekam yang dilayangkan angin.

5 Oleh itu, orang zalim tidak akan bertahan dalam penghakiman, begitu juga orang berdosa dalam perhimpunan orang benar.

6 Kerana TUHAN menaungi jalan orang benar, tetapi jalan orang zalim akan binasa.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan