Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Kidung Agung 8 - Alkitab Versi Borneo


Nyanyian rindu kekasih

1 Ah, seandainya engkau saudara laki-lakiku, yang pernah menyusui payudara ibuku! Jika kutemui engkau di luar, akan kucium engkau, dan tiada seorang pun akan menghina aku.

2 Aku akan menuntun engkau dan membawa engkau ke rumah ibuku — orang yang telah mendidik aku. Aku akan memberimu minum air anggur bercampur rempah-ratus, sari buah delimaku.

3 Tangan kirinya di bawah kepalaku, dan tangan kanannya memeluk aku.

4 Dengan sungguh-sungguh aku minta kepadamu, wahai para puteri Yerusalem, jangan bangkitkan dan jangan gerakkan cinta sebelum dikehendakinya.


Bangkitnya cinta Puteri-puteri Yerusalem

5 Siapakah itu, yang muncul dari gurun, yang bersandar pada kekasihnya? Di bawah pokok epal kubangunkan engkau. Di sanalah ibumu sakit bersalin kerana engkau, di sanalah ia sakit bersalin dan melahirkan engkau.


Mempelai perempuan

6 Simpanlah aku sebagai materai dalam hatimu, bagai materai pada lenganmu. Kerana cinta itu sekuat kematian, dan cemburu itu sebengis alam barzakh. Keghairahannya bagai api ternyala, nyala api TUHAN.

7 Air yang meluap pun tidak mampu memadamkan cinta, banjir juga tidak berdaya menenggelamkannya. Seseorang yang memberikan segala harta benda rumahnya demi cinta tawarannya juga akan hanya dihina.


Mempelai perempuan dan adiknya Puteri-puteri Yerusalem

8 Kami mempunyai seorang adik perempuan yang belum tampak payudaranya. Apakah yang harus kami lakukan untuk adik kami itu pada hari ia dipinang?

9 Jika dia tembok, akan kami bina menara perak di atasnya. Jika dia pintu, akan kami pagarnya dengan papan kayu araz.


Mempelai perempuan

10 Dulu aku ini tembok, dan payudaraku bak menara berkubu. Lalu di matanya aku bagaikan orang yang menemukan kedamaian.

11 Salomo ada kebun anggur di Baal-Hamon. Diserahkannya kebun anggur itu kepada para penjaga. Masing-masing harus membawa seribu keping perak sebagai hasilnya.

12 Kebun anggurku, milikku sendiri, ada di hadapanku. Seribu keping itu bagimu, wahai Salomo, dan dua ratus keping bagi para penjaga hasilnya.


Kedua-dua mempelai bersahut-sahutan Mempelai laki-laki

13 Wahai engkau, yang duduk di taman, para sahabatku memperhatikan suaramu. Biarlah aku pun mendengarnya!


Mempelai perempuan

14 Bersegeralah, wahai kekasihku, jadilah seperti kijang atau seperti anak rusa di atas pergunungan rempah-ratus.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan