Kidung Agung 1 - Alkitab Versi Borneo1 Kidung Agung oleh Raja Salomo. Mempelai perempuan meluahkan kasihnya Mempelai perempuan 2 Semoga diciumnya aku dengan kecupan bibirnya! Kerana cumbuanmu lebih nikmat daripada air anggur. 3 Harum urapan minyak wangimu menggembirakan, dan namamu bak curahan minyak wangi, lantas betapa engkau dipuja para perawan! 4 Rengkuhlah aku di belakangmu! Ayuh kita bergegas! Aku sudah dibawa sang raja ke dalam biliknya. Meriahlah kami beriang ria kerana engkau, kami akan menyanjung cintamu lebih daripada air anggur. Patutlah mereka cinta kepadamu! Para perawan kepada mempelai laki-laki Mempelai perempuan kepada mempelai laki-laki Mempelai perempuan kepada para perawan 5 Memang aku hitam, tetapi elok, wahai para puteri Yerusalem, biarpun hitam bak khemah-khemah Kedar, namun elok seperti tirai istana Salomo! 6 Usah tenung aku kerana aku hitam, kerana panasnya suria menggelapkan wajahku. Anak-anak ibuku yang marah kepadaku, menjadikan aku penjaga kebun anggur; hinggakan kebun anggurku sendiri tidak kujaga. 7 Beritahu aku, wahai kekasih hatiku, di manakah engkau menggembala domba, di manakah engkau membiarkan kawanan itu berehat kala tengah hari? Agar aku tidak tercari-cari engkau di antara kawanan domba para sahabatmu? Sang kekasih kepada mempelai perempuan 8 Jika engkau tidak tahu, wahai yang tercantik di antara semua perempuan, keluarlah mengikuti jejak kawanan dombaku dan gembalakanlah anak-anak kambingmu berdekatan khemah-khemah para gembala. Kedua-dua mempelai saling memuji Mempelai laki-laki 9 Sayangku, aku membanding engkau dengan kuda betina pada rata-rata Firaun. 10 Comelnya pipimu dengan perhiasan dan lehermu yang dikalungkan manik-manik. 11 Untukmu akan kami buat perhiasan-perhiasan emas yang bertatah perak. Mempelai perempuan 12 Sementara seorang raja berada di mejanya, semerbaklah bau narwastu. 13 Bagiku kekasihku bak sebungkus damar wangi yang tersimpan di antara payudaraku. 14 Bagiku kekasihku bak serumpun bunga inai di kebun-kebun anggur En-Gedi. Mempelai laki-laki 15 Wah, engkau sebegitu cantik, sayangku! Wah, engkau sebegitu cantik! Matamu bagaikan burung merpati. Mempelai perempuan 16 Wah, engkau sebegitu tampan, kekasihku! Sungguh menyenangkan! Rimbun dedaun itulah lelangit petiduran kita. Mempelai laki-laki 17 Alang-alang rumah kita kayu araz, dan kasau-kasau atap kita kayu cemara. |