1 Tawarikh 3 - Alkitab Versi BorneoKeturunan Daud 1 Inilah anak-anak Daud yang dilahirkan baginya di Hebron: Anak yang sulung ialah Amnon, daripada Ahinoam orang Yizreel. Anak kedua ialah Daniel, daripada Abigail orang Karmel. 2 Anak ketiga ialah Absalom, anak Maakha, iaitu anak perempuan Talmai, raja Gesur. Anak keempat ialah Adonia, anak Hagit. 3 Anak kelima ialah Sefaca, daripada Abital. Anak keenam ialah Yitream, daripada Egla, isterinya. 4 Enam orang dilahirkan baginya di Hebron. Di sana dia bertakhta selama tujuh tahun enam bulan. Di Yerusalem Daud bertakhta selama tiga puluh tiga tahun. 5 Inilah anak-anak yang dilahirkan baginya di Yerusalem: Simea, Sobab, Natan, dan Salomo — empat orang daripada Batsyua anak Amiel. 6 Selanjutnya Yibhar, Elisama, Elifelet, 7 Nogah, Nefeg, Yafia, 8 Elisama, Elyada, dan Elifelet — sembilan orang. 9 Mereka semua itu anak-anak Daud, di samping anak-anak daripada para gundiknya. Tamar ialah saudara perempuan mereka. Raja-raja Yehuda 10 Anak Salomo ialah Rehabeam, kemudian turun-temurunnya ialah Abia, Asa, Yosafat, 11 Yoram, Ahazia, Yoas, 12 Amazia, Azarya, Yotam, 13 Ahas, Hizkia, Manasye, 14 Amon, Yosia. 15 Anak-anak Yosia: Yohanan, yang sulung; Yoyakim, anak kedua; Zedekia, anak ketiga; Salum, anak keempat. 16 Anak Yoyakim ialah Yekhonya, dan anak Yekhonya ialah Zedekia. Garis keturunan kerajaan setelah pembuangan ke Babel 17 Anak-anak Yekhonya, orang tahanan itu: Sealtiel, 18 Malkhiram, Pedaya, Syenasar, Yekamya, Hosama, dan Nedabya. 19 Anak-anak Pedaya: Zerubabel dan Simei. Anak-anak Zerubabel: Mesulam dan Hananya. Selomit ialah saudara perempuan mereka. 20 Selanjutnya, lima orang lain: Hasuba, Ohel, Berekhya, Hasaja, dan Yusab-Hesed. 21 Keturunan Hananya: Pelaca, Yesaya, bani Refaya, bani Arnan, bani Obaja, dan bani Sekhanya. 22 Keturunan Sekhanya: Semaya dan anak-anak Semaya: Hatus, Yigal, Bariah, Nearya, dan Safat — seramai enam orang. 23 Anak-anak Nearya: Elyo'enai, Hizkia, dan Azrikam — seramai tiga orang. 24 Anak-anak Elyo'enai: Hodawya, Elyasib, Pelaya, Akub, Yohanan, Delaya, dan Anani — seramai tujuh orang. |