Daniel 5:11 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)11 Ada seorang dalam kerajaan tuanku yang memperoleh kuasa daripada roh dewa-dewa yang suci. Pada masa pemerintahan ayahanda tuanku, orang itu telah membuktikan kecerdasan, pengetahuan, dan kebijaksanaan yang seperti kebijaksanaan para dewa. Ayahanda tuanku, Raja Nebukadnezar, melantik dia menjadi ketua semua penilik, ahli sihir, orang berilmu, dan ahli nujum. See the chapterAlkitab Versi Borneo11 Dalam kerajaan tuanku ada seorang yang memiliki roh tuhan yang suci. Pada zaman leluhur tuanku telah didapati bahawa orang itu mempunyai wawasan, akal budi, dan kebijaksanaan seperti kebijaksanaan tuhan. Raja Nebukadnezar, leluhur tuanku, ya, leluhur tuanku, sang raja itu, menjadikan dia ketua para ahli ilmu ghaib, para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal. See the chapterAlkitab Berita Baik11 Ada seorang dalam kerajaan tuanku yang memperoleh kuasa daripada roh dewa-dewa yang suci. Pada masa pemerintahan ayahanda tuanku, orang itu telah membuktikan kecerdasan, pengetahuan, dan kebijaksanaan yang seperti kebijaksanaan para dewa. Ayahanda tuanku, Raja Nebukadnezar, melantik dia menjadi ketua semua penilik, ahli sihir, orang berilmu, dan ahli nujum. See the chapter |