Wahyu 2:20 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)20 Tetapi Aku mencela kamu tentang hal ini: Kamu membenarkan Izebel, perempuan yang mengaku dirinya pesuruh Allah mengajar umat-Ku. Dengan ajarannya, dia menyesatkan hamba-hamba-Ku sehingga mereka melakukan perbuatan cabul dan makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala. Viz kapitolaKitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)20 Akan tŭtapi ada padaku pŭrdawaan sŭdikit atasmu, tŭgal angkau mŭmbiarkan akan pŭrampuan Jezebel itu, yang mŭngatakan dirinya nabi, yang mŭngajar dan mŭnyŭsatkan hamba hambaku supaya bŭrbuat zinah, sŭrta mŭmakan sagala pŭrkara yang dipŭrsŭmbahkan pada bŭrhala. Viz kapitolaAlkitab Versi Borneo20 Namun demikian, Aku mencelamu kerana satu perkara: Kamu membenarkan perempuan bernama Izebel yang mengaku dirinya nabiah Allah itu mengajar umat-Ku. Dia mengajar dan menyesatkan hamba-hamba-Ku sehingga mereka melakukan pencabulan dan makan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala. Viz kapitolaAlkitab Berita Baik20 Tetapi Aku mencela kamu tentang hal ini: Kamu membenarkan Izebel, perempuan yang mengaku dirinya pesuruh Allah mengajar umat-Ku. Dengan ajarannya, dia menyesatkan hamba-hamba-Ku sehingga mereka melakukan perbuatan cabul dan makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala. Viz kapitola |