Online Bible

- Reklamy -

Mazmur 14 - Alkitab Versi Borneo


Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud.

1 Orang bodoh berkata dalam hatinya, “Tidak ada Allah.” Mereka rosak akhlak, mereka melakukan perbuatan keji; tiada yang berbuat baik.

2 TUHAN memandang dari syurga kepada anak-anak manusia untuk melihat kalau ada yang mengerti, yang mencari Allah.

3 Semuanya telah berpaling, bersama-sama rosak akhlak; tiada yang berbuat baik, tidak ada, tiada seorang pun.

4 Tidakkah orang yang melakukan kejahatan ini tahu — mereka merampas hak umat-Ku dan tidak berseru kepada TUHAN?

5 Sekarang mereka akan ditimpa ketakutan yang besar, kerana Allah ada bersama orang yang benar.

6 Kamu menghalang rancangan orang miskin, tetapi TUHAN melindungi mereka.

7 Semoga penyelamatan Israel datang dari Sion! Apabila TUHAN memulihkan keadaan umat-Nya, bergembiralah Yakub dan bersukacitalah Israel!

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Následuj nás:



Reklamy