Online Bible

- Reklamy -

Mazmur 133 - Alkitab Versi Borneo


Nyanyian ziarah Daud.

1 Lihatlah, betapa baik dan menyenangkan hati apabila saudara-saudara seiman hidup bersama dengan bersatu-padu!

2 Umpama minyak yang amat dihargai di atas kepala, mengalir turun ke janggut, janggut Harun, mengalir turun di tepi jubahnya.

3 Umpama embun Hermon menitik ke atas Bukit Sion. Kerana di sanalah TUHAN memerintahkan berkat, hidup selama-lamanya.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Následuj nás:



Reklamy